fbpx
Seorang pengarah dan seorang pengurus kilang ditahan JAS kerana dipercayai terlibat dengan pencemaran Sungai Selangkah, Pasir Gudang, Johor.

Pengarah, pengurus kilang ditahan ekoran pencemaran Sungai Selangkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menahan menahan pengarah dan pengurus sebuah kilang penyaduran logam di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang ekoran pencemaran Sungai Selangkah yang bertukar menjadi warna hijau, baru-baru ini.

Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, pengarah berusia 50-an dan pengurus berusia 35 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sekitar pukul 4 petang, semalam.

“Dua individu itu ditahan mengikut Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap Orang Yang Disyaki untuk siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Pada 29 November lalu, pemeriksaan dijalankan JAS Cawangan Pasir Gudang terhadap sungai berkenaan mendapati terdapat pelepasan efluen berwarna hijau daripada longkang kilang berkenaan. -K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN