fbpx

MR D.I.Y. dinamakan Brand of the Year

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peruncit kelengkapan rumah, MR D.I.Y. dianugerahkan Brand of the Year Regional Award pada maj­lis anugerah World Branding Awards 2021-2022 yang diadakan secara maya dari United Kingdom baru-baru ini.

Anugerah berkenaan mengiktiraf jenama-jenama terbaik dunia atas hasil kerja dan pencapaian mereka berdasarkan penilaian jenama, penyelidikan pasaran serta undian awam secara dalam talian.

Ini kali pertama MR D.I.Y. menerima anugerah tersebut pada peringkat serantau, selepas menerima National Award, yang disampaikan kepada jenama terkemuka dari setiap negara yang mengambil bahagian untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sebelum ini.

Pencapaian tersebut sekali gus mencerminkan kemajuan MR D.I.Y. yang kini diangkat sebagai jenama terkemuka di rantau ini.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin mendedikasikan anugerah ber­kenaan kepada semua kakitangan kumpulan di pasaran serantaunya termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Fili­pina, Singapura dan Brunei.

“Ia pengiktirafan terhadap kerja yang dilakukan kakitangan kami setiap hari dan menjadi bukti komitmen serta­ ketabahan mereka dalam memberikan perkhidmatan walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

“Matlamat kami adalah untuk terus kekal di landasan sekarang, untuk menunaikan janji Always Low Prices dalam cara baharu yang berinovatif,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI