fbpx
Tuan Ibrahim Tuan Man

Kementerian bangunkan Platform Tunggal Dagangan Karbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air tidak berhasrat untuk menswastakan pengurusan dan operasi perdagangan karbon sebaliknya sedang membangunkan platform tunggal perdagangan karbon di peringkat domestik.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembangunan platform tunggal perdagangan itu dibuat melalui kerjasama antara Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia.

“Platform pasaran karbon domestik ini dibangunkan secara berfasa di mana fasa awal akan melibatkan pelaksanaan pasaran karbon secara sukarela (VCM) sebelum peralihan kepada Skim Perdagangan Karbon Peringkat Domestik (DETS).

“Sebagaimana semua sedia maklum, Bursa Malaysia adalah merupakan satu entiti berstatus Syarikat Berhad bawah Kementerian Kewangan. Bursa Malaysia dipilih bagi membangunkan VCM Domestik/ DETS disebabkan pengalaman Bursa Malaysia dalam melaksanakan operasi pasaran modal seperti ekuiti dan bon,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Chew (PH-Subang) yang memintanya menyatakan adakah KASA berhasrat untuk menswastakan pengurusan dan operasi bursa itu.

Dalam masa yang sama katanya, Bursa Malaysia juga telah sedia mempunyai keupayaan teknikal dan perundangan untuk menjadi entiti pelaksana DETS. -K! ONLINE.

POPULAR