fbpx

KDN siasat kartel dalam JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang menyiasat dakwaan kononnya wujud kartel di pelbagai peringkat pegawai dalam Jabatan Imigresen (JIM).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau mengakui menerima maklumat itu dan memberi jaminan perkara itu akan disiasat dengan rapi dan telus.

Beliau berkata, kehadiran kartel itu membolehkan mereka bebas di pejabat jabatan berkenaan, termasuk di pintu masuk lapangan terbang.

“Sindiket ini dikesan menggunakan pegawai-pegawai dalaman dan kartel ini bukan mahu mengejar kenaikan pangkat sebaliknya mereka digunakan untuk bekerjasama dengan sindiket-sindiket luar.

“Sebagai contoh, baru-baru ini ada di media sosial memaparkan individu yang ingin mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh mendapatkannya daripada individu tertentu.

“Perkara itu menggambarkan seolah-olah ada agensi di luar sana yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan imigresen,” katanya pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Imigresen 2021 di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI