fbpx

Jentera pujaan Malaya dalam Marabahaya Underground

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM aksi permotoran, Marabahaya Underground kini bersedia menemui khalayak.

KHALAYAK sudah terbiasa dengan aksi hebat menampilkan kehebatan jentera empat roda di jalan raya dikendalikan lelaki dan wanita dalam filem-filem Hollywood, namun untuk filem Melayu, hanya boleh dibilang dengan jari. Mungkin Impak Maksima atau Evolusi KL Drift menjadi penanda aras naskhah tanah air berhubung aksi lumba kereta.

Menyedari kekosongan tersebut, sebuah naskhah berjudul Marabahaya Underground mungkin satu pilihan menarik untuk peminat kereta terhebat seperti, Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo dan Porsche yang menyaksikan jentera pujaan mereka di layar perak berwajah Malaysia.

Menerima sentuhan pembikin Bikers Kental, Helmi Yusof sebagai pengarah, filem yang turut mengetengahkan penyanyi rap, Cat Farish selaku penerbit menjanjikan adegan aksi awal hingga ke penamat cerita.

HAZAMA melakonkan watak Chon yang bercita-cita mahu menjadi seperti idolanya, Raja Drift Malaysia, Shah Dhani.

“Sejak kebelakangan ini industri filem tempatan jarang menghidangkan filem bertemakan aksi kereta. Kami yakin, filem sebegitu masih mempunyai kelompok peminat tersendiri dan terbukti dengan sambutan positif dalam kalangan penonton tanah air terhadap filem-filem aksi kereta dari luar negara.

“Jadi, kami tampilkan Marabahaya Underground dengan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Malah, kami turut membuat suntingan menggunakan teknik terkini bagi memastikan dapat menampilkan ‘look and feel’ yang segar.

“Filem ini juga menampilkan lebih 10 lagu hip hop yang baharu daripada artis ‘underground’ hip hop. Kami berharap kehadiran filem ini mampu memberi persepsi dan kepuasan baru kepada penonton terhadap filem aksi kereta tempatan,” ujar Cat yang turut bertindak sebagai pengarah bersama Marabahaya Underground.

Selain itu, filem berdurasi 90 minit tersebut turut dipadatkan dengan adegan kejar-mengejar dari Ipoh ke Shah Alam dan Kuala Lumpur tersebut cukup membuatkan adrenalin penonton mengalir deras.

Menggandingkan pelakon popular tanah air, Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama, naskhah berkenaan menjadi debut kerjasama dua bintang tersebut dalam sebuah filem. Menariknya, watak antagonis pula dilakonkan oleh pelakon filem Olabola iaitu Jian Wein dan penyanyi rap tanah air yang semakin meningkat naik, MK K-Clique.

MK K-CLIQUE yang melakonkan watak jahat dalam Marabahaya Underground.

Watak-watak lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication tersebut ialah Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.

Sementara bagi penampilan istimewa seperti, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta pelumba supercar negara, Zen Low, pelumba negara, Keifli Othman, drifter, Jian Hui Wong, dan pelumba rali, Faizal Alang.

Marabahaya Underground mengisahkan kehidupan Chon lakonan Hazama, peminat sukan permotoran yang sangat mengidolakan Raja Drift Malaya, Shah Dhani (Joey Daud) yang juga seorang kaki judi. Tanpa sedar, Shah telah mempergunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Chon terjebak dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang.

Filem Marabahaya Underground akan menemui penonton bermula esok menerusi Astro First, saluran 480.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI