fbpx

Inovasi, kreativiti tingkat daya saing usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri berucap pada majlis perasmian program Ikon Inspirasi Impian anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), sempena ulang tahunnya yang ke-30 semalam.

PETALING JAYA – Usahawan diminta sentiasa melatih diri dan berfikiran luar kotak agar perniagaan diusahakan berdaya maju serta berdaya saing dalam persekitaran dunia yang semakin mencabar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk serta per­khidmatan merupakan dua elemen penting untuk mengekalkan jenama dalam pasaran, selain meningkatkan hasil jualan dan kepercayaan pelanggan.

“F&B (makanan dan minuman) adalah antara industri yang sentiasa berinovasi bagi meme­nuhi kehendak semasa dan cita rasa pelanggan tempatan, contohnya, kuih tradisional Melayu iaitu ondeh-ondeh atau buah melaka telah dipelbagaikan menjadi bermacam pencuci mulut seperti aiskrim dan juga sebagai perisa dalam minuman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian prog­ram Ikon Inspirasi Impian anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), sempena ulang tahun yang ke-30 semalam.

Program yang diadakan secara maya itu menerapkan konsep ‘Hero Untuk Hero’ yang mana peneraju industri dan tokoh perniagaan dijemput berkongsi tips, ilmu, pengalaman serta trend terbaharu corak aliran pasaran dan perubahan landskap ekonomi­ kepada rakan usahawan.

Tokoh terlibat ialah Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Radzi; Pengarah Urusan Kacamuda Resources Sdn. Bhd., Datuk Roslee Muhamad­ Robat dan Pengarah Urusan Sho­wood Sdn. Bhd., Abdullah Marzuki Mohamed Shaarani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI