PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, amaran cuaca tersebut dijangka bermula esok sehingga Jumaat.
Bagi negeri Kelantan, ia melibatkan sembilan kawasan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Sementara itu, bagi negeri Terengganu ia melibatkan semua kawasan di negeri terbabit.-K! ONLINE














