fbpx

Dua kanak-kanak lemas lombong pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi SAR ke atas dua kanak-kanak yang lemas di Kampung Sisik, Tanjung Resang, Endau, Mersing, semalam.

MERSING – Dua kanak-kanak ditemui lemas ketika berkelah bersama keluarganya di lombong pasir Kampung Sisik Tanjung Resang Endau di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd. Nor Mohd. Isa berkata, pihak polis Endau merima maklumat kejadian berkenaan dari orang awam yang menyatakan ada kejadian lemas melibatkan kanak-kanak berbangsa Iban itu pada pukul 6.35 petang.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Meredith Mcaela Anak Alfread, 10 dan Wester Carlos AK Pilip Wester, 4, menetap di Kem Iskandar Mersing Johor.

“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati tiada apa-apa tanda perbuatan jenayah. Mangsa bersama-sama ibunya dan adik-beradik serta jiran dan anak-anak telah pergi ke lombong pasir berkenaan bertujuan untuk berkelah.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Mersing sejurus selepas kejadian sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mati akibat lemas,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin, berkata seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba bertindak mencari di permukaan sekitar lombong dan operasi pencarian turut dibantu bapa kepada kedua-dua mangsa.

“Mangsa ditemui pada jarak kira-kira 1.22 meter dari tebing. Bomba kemudiannya memberi rawatan awal dengan melakukan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR).

“Mangsa dibawa ke Hospital Mersing dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik tentera dan operasi ditamatkan pukul 7.28 malam tadi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI