fbpx

Bandar terapung solusi kenaikan paras laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN Kawasan di luar pantai bandar Busan di Korea Selatan yang bakal menjadi projek pembangunan bandar terapung.

BANDAR terapung pertama di dunia akan dibina di luar pantai Korea Selatan menjelang 2025 sebagai satu cara untuk manusia bertahan daripada peningkatan paras laut.

Projek itu disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bandar terapung yang dibina di luar pantai bandar Busan bakal menjadi ‘infrastruktur kalis banjir’ terdiri daripada beberapa pulau buatan manusia yang akan naik bersama paras laut untuk mengelak daripada risiko banjir.

Bandar itu juga dikatakan akan menjana elektrik daripada panel solar di atas bangunan dan turut menghasilkan sumber makanan dan air tawarnya sendiri.

Penduduk di situ pula bergerak antara pulau menggunakan pod bot futuristik.

Selain itu, ia juga boleh menahan bencana alam lain termasuk tsunami dan taufan kerana platform terapungnya berlabuh di dasar laut.

Pembinaan bandar terapung itu, dianggarkan menelan kos AS$200 juta.

Ia akan dimulakan tidak lama lagi hasil perjanjian bersejarah yang ditandatangani oleh Kota Metropolitan Busan Republik Korea dengan UN-Habit dan pereka New York Ocenix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI