fbpx

JDT ucap tahniah buat KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengucapkan tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur City (KL City) kerana telah memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia sebentar tadi.

Ucapan tahniah itu telah dimuat naik pasukan berpengkalan di selatan tanah air menerusi akaun rasmi Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“Congratulations Kuala Lumpur City FC,” tulis hantaran itu.

Terdahulu, pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ini, pasukan KL City menewaskan JDT dengan keputusan 2-0.

Gol KL City dijaringan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-65 dan Paulo Josue minit ke-75.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan KL City bakal diberikan slot automatik beraksi dalam kancah Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada saingan musim depan.

Sebagai rekod, kali terakhir KL City menjuarai trofi Piala Malaysia adalah pada edisi 1989 ketika merekodkan gelaran hatrik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI