fbpx

Neymar derita kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN menunjukkan Neymar menerima terjahan sebelum cedera pada buku lali ketika aksi PSG menewaskan Saint-Etienne 3-1 dalam saingan Ligue 1 di Stade Geoffroy-Guichard kelmarin. – AGENSI

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mengakui berpeluh selepas menyaksikan penyerang sensasi, Neymar mengalami kecederaan serius ketika pasukan itu menewaskan Saint-Etienne 3-1 pada aksi Liga Perancis kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, PSG telah berjaya meraih tiga mata penuh hasil dua gol ledakan Marquinhos dan satu jaringan Angel Di Maria tetapi kecede­raan Neymar lebih merisaukan penyokong PSG ketika mengha­rungi jadual padat ketika ini.

Kata Pochettino, berdasarkan laporan awal yang diberikan oleh pegawai perubatan pasukan, kecede­raan yang dialami oleh pemain antarabangsa Brazil itu nampak serius tetapi masih belum dapat disahkan berapa lama dia bakal diketepikan.

“Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai kecede­raan Neymar kerana ia nampak serius, tetapi pada masa sama kita hanya boleh berdoa agar Neymar tidak akan berehat terlalu lama.

“Dia akan menjalani ujian imbasan dalam masa terdekat dan pihak pengurusan akan memaklumkan mengenai perkembangan terkini Neymar dari semasa ke semasa.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan apa yang pasukan pamerkan dan cukup penting buat kami untuk me­ngutip tiga mata selepas kekalahan kepada Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara awal minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan veteran, Sergio Ramos turut melakukan debut pertama­nya kelmarin sejak perpindahan percuma daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada pertengahan tahun ini.

“Selepas bergelut dengan kecederaan hampir empat bulan, sudah tentu ini adalah detik istimewa yang saya nantikan kerana menyarung jersi PSG memberi pengalaman berbeza dalam karier saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI