fbpx

Lelaki berpaut 2 jam pada roda pesawat terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut terselamat meskipun berpaut selama 2 jam 30 minit. – Instagram

MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki yang berpaut pada gear pendaratan sebuah pesawat ternyata mempunyai nasib yang baik apabila dia dilaporkan terselamat selepas bertindak demikian dalam penerbangan selama dua jam 30 minit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam kejadian pada 27 November lepas, lelaki tersebut berpaut pada gear pendaratan pesawat American Airlines yang terbang dari Bandar Guatemala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Perjalanan tersebut mengambil masa selama dua jam 30 minit.

Berdasarkan klip video yang sempat dirakam seorang pekerja lapangan terbang, lelaki berkenaan kelihatan letih dan dibantu untuk turun ke tanah serta diberikan minuman oleh pekerja.

“Penerbangan 1182 American Airlines dari Guatemala ke Miami yang tiba pada pukul 10.06 pagi (waktu tempatan) itu perlu menjalani prosedur undang-undang disebabkan isu keselamatan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” kata syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan.

Video yang dikongsikan petugas lapangan terbang itu menjadi tular dengan ramai pengguna menyatakan rasa tidak percaya kerana lelaki tersebut terselamat selepas berpaut pada roda pesawat tersebut.

Ini kerana mereka yang bersembunyi pada gear pendaratan kebiasaannya mati akibat pendedahan berterusan, terjatuh atau kekurangan oksigen.

“Ia sememangnya nasib yang amat baik,” kata seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN