fbpx

Gurauan rogol, guru saman bekas pelajar, bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok Ain Husniza mengenai guru sekolahnya yang tular pada April lalu.

SHAH ALAM – Seorang guru lelaki Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah yang didakwa bergurau berkaitan isu rogol memfailkan saman fitnah terhadap bekas anak murid dan bapanya.

Guru itu Khairul Nizam Sanuddin, 43, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu melalui Tetuan Rasshdi, Ema & Yong di Mahkamah Shah Alam pada 26 November lalu, dengan menamakan Nurain Husniza Saiful Nizam,17, dan bapa remaja itu Saiful Nizam Ab. Wahab, 42, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, tuntutan pengurusan kes seterusnya ditetapkan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah pada 2 Disember ini.

Menurut pernyataan tuntutan yang diperoleh pihak media, plaintif yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) di sini telah menyentuh sub-topik “Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual” yang terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Plaintif yang telah mengajar selama 21 tahun di sekolah berkenaan menyatakan sepanjang proses pembelajaran itu, kesemua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5.

Plaintif menafikan ada membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJPK tersebut serta tiada galakan kepada perlakuan rogol malah ianya adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman dan pengajaran.

Plaintif juga memohon satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan apa jua kenyataan berkenaan plaintif yang berbaur fitnah atau ejen mereka dihalang daripada mengulangi kesemua pernyataan tidak benar itu di mana sahaja dalam apa jua bentuk.

Guru terbabit turut menuntut permohonan maaf daripada remaja terbabit dan bapanya yang akan diterbitkan di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti serta di akhbar pilihan plaintif.

Pada masa sama, plaintif turut memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi akibat kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI