fbpx

EPMB cadang penempatan persendirian dengan sasaran hasil RM56.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan melaksanakan transformasi telah memberi manfaat kepada kedudukan kewangan EPMB. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – EP Manufacturing Bhd (EPMB) mengumumkan cadangan penempatan persendirian yang bakal membolehkan Kumpulan meraih hasil kasar sehingga RM56.9 juta.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam,  Kumpulan akan menggunakan hasil tersebut untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, melengkapi fasiliti kilang pengeluaran model kereta baharu dan membolehkan Kumpulan berkembang ke dalam perniagaan hartanah.

Selain itu, EPMB juga bercadang untuk melaksanakan pelupusan dan pajakan balik untuk menjana hasil daripada pelaburan hartanahnya di Glenmarie yang mana ia bakal menyumbang kepada perkara di atas penggunaan tersebut.

Ini akan dilaksanakan melalui cadangan pelupusan sebanyak  RM53.5 juta.

Hartanah Glenmarie terdiri daripada dua bidang tanah dengan bangunan iaitu di Bandar Glenmarie dengan masing-masing memiliki kawasan seluas 107,214.2 kaki persegi dan 75,163.5 kaki persegi.

Mengulas mengenai cadangan tersebut, Timbalan Pengerusi Eksekutif EPMB, Zulkefly Baharuddin berkata, suntikan sebanyak RM110.4 juta akan menyokong  modal kerja Kumpulan seiring dengan hala tuju Kumpulan bagi memenuhi misinya.

“Selain mengukuhkan usaha kehadiran Kumpulan dalam perniagaan automotif Tier 1  kepada OEM khusus, kami bercadang untuk berkembang ke dalam sektor hartanah  dengan bank tanah di Sabah yang berpotensi dengan nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion.

“Melalui cadangan penempatan dan pelupusan asset, tunai bersih di tangan akan digunakan bagi aktiviti perkembangan dan juga penggabungan pada masa depan,” katanya dalan kenyataan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, EPMB mencatat rugi bersih sebanyak RM7.13 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2021 berbanding kerugian RM0.23 juta tempoh yang sama suku sebelumnya.

Kumpulan pula merekodkan pendapatan yang rendah sebanyak RM41.7 juta dalam suku semasa berbanding  RM127.1 juta dalam tahun sebelumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI