fbpx

THR kurangkan kadar merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan rokok tembakau telah lama diketahui membahayakan kesihatan. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Komuniti perubatan di Malaysia, menerusi persidangan pengurangan kemudaratan tembakau (THR) yang julung kali diadakan di negara ini baru-baru ini sebulat suara menyeru agar peraturan diwujudkan bagi ekosistem THR.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr. Steven Chow berkata, meskipun persidangan tersebut mengetengahkan pelbagai pandangan yang berbeza, ia berjaya mencapai persetujuan bahawa kemudaratan daripada merokok adalah isu sejagat yang telah lama wujud dan perlu ditangani secara berkesan.

“Lebih daripada 1.1 bilion orang merokok di seluruh dunia, mengakibatkan penyakit kardiovaskular, pelbagai jenis kanser, dan penyakit paru-paru obstruktif serta meragut kira-kira lima juta nyawa setiap tahun.

“Angka ini akan meningkat kepada 10 juta menjelang 2030 dengan beban kematian semakin dirasai oleh banyak negara membangun dan kurang maju.

“Komuniti perubatan mempunyai peranan penting dalam memerangi ketagihan tembakau dan secara kolektif, kami bersetuju bahawa THR mempunyai potensi untuk menyumbang ke arah berhenti merokok, yang menjadi matlamat utama komuniti kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Steven Chow

Persidangan tersebut dihadiri lebih 150 peserta daripada komuniti perubatan dengan 13 penceramah termasuk tiga pakar THR antarabangsa membentangkan kajian, pendapat dan cadangan mengenai THR.

Menyasarkan kepada ahli komuniti saintifik, kesihatan awam dan perubatan, persidangan maya itu membuka ruang pertukaran idea, pengetahuan, penemuan penyelidikan dan cadangan untuk penerimaan THR di Malaysia.

Chow menambah, langkah pertama dalam kejayaan pelaksanaan strategi THR di Malaysia adalah kawal selia yang menyeluruh terhadap keseluruhan ekosistem.

“Peraturan mestilah berdasarkan bukti kukuh, keadaan pesakit dan juga membenarkan perokok dewasa mengakses maklumat THR serta pilihan rawatan.

“Penglibatan bersama semua pihak berkepentingan dan pengguna adalah penting untuk memastikan peraturan/undang-undang adalah berkesan kepada individu yang ingin berhenti merokok,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI