fbpx

Remaja ditahan beli motosikal curi RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas sebuah motosikal curi jenis Honda EX5 yang dimiliki seorang remaja dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal di susur Plaza Tol Sri Jaya di Maran semalam.

MARAN – Tindakan seorang remaja memiliki motosikal curi jenis Honda EX5 yang dibeli dengan harga RM200 membawa padah apabila dia ditahan dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal di susur Plaza Tol Sri Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Norzamri Abdul Rahman berkata, remaja berusia 16 tahun berkenaan ditahan dalam operasi yang dilakukan pihak polis daripada pukul 7 malam hingga 2.30 pagi.

“Berdasarkan semakan mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang di Johor dan suspek memberitahu membeli motosikal berkenaan daripada rakannya yang berasal dari Jerantut dengan harga badan RM50 manakala harga enjin RM150.

“Suspek yang telah berhenti sekolah dan bekerja sebagai tukang kebun ditahan dan diambil keterangan untuk siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurut Norzamri kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan motosikal berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 92 saman telah dikeluarkan ataas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan yang melibatkan pemeriksaan ke atas 56 buah motosikal.

Katanya, kesalahan paling banyak direkodkan adalah tiada lesen memandu iaitu sebanyak 21 saman diikuti tiada cermin sisi sebanyak 19 saman dan kesalahan spesifikasi nombor pendaftaran sebanyak 17 saman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI