fbpx

Hidap kanser darah, isteri Kid Search meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Kid Search menghembuskan nafas terakhir pagi tadi akibat kanser darah.

PETALING JAYA – Isteri kepada pemain gitar kumpulan rock legenda Search, Kid iaitu Noraznin Yusof, 55, dilaporkan meninggal dunia disebabkan menderita kanser darah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar pukul lima pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham menderita kanser darah tahan empat dan telah menjalani rawatan di HCTM sejak Disember tahun lalu.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangu untuk urusan solat jenazah dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Teras Jernang selepas Zuhor.

Sekitar Julai lalu, Kid atau nama lengkapnya Hamzah Mohd. Taib memberitahu bahawa Noraznin sepatutnya perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali.

Sejak mendapatkan rawatan di HCTM, hospital tersebut sudah diibaratkan seperti rumah kedua buat Kid dan isterinya apabila perlu berulang-alik ke sana untuk menjalani sesi rawatan setiap hari atau selang sehari.

Selain berdepan dengan penyakit kanser darah, Kid memberitahu isterinya juga menjalani pemindahan tulang sum sum yang dianggarkan membabitkan kos berjumlah hampir RM60,000.

Kid dan Aznin mempunyai dua orang anak, anak sulung mereka, Deanda sudah bekerja manakala anak bongsu pula, Aaqil Naquidean masih bersekolah di tingkatan lima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI