fbpx

Dua balai polis di Tumpat berisiko terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Mohd. Azmir (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat hari ini. FOTO:ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Dua balai polis di daerah ini iaitu Balai Polis Kuala Jambu dan Simpangan berdepan risiko banjir sekiranya berlaku hujan lebat tidak berhenti ketika ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sehubungan dengan itu, semua dokumen penting di kedua-dua balai itu akan diletakkan di lokasi selamat agar tidak menjadi korban jika berlaku kejadian banjir.

“Seperti tahun sebelumnya, dua buah balai polis ini pasti akan dinaiki air setinggi 0.8 meter.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kita sudah mengarahkan semua pegawai dan anggota seramai kira-kira 25 orang di dua balai itu supaya bersiap sedia dengan musibah banjir,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas antara bekas Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud kepada Superintendan Mohd. Azmir Damiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini hari ini.

Ab. Rashid akan bersara wajib daripada Polis Diraja Malaysia bermula hari ini dan tugasnya dipangku oleh Mohd. Azmir yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, Balai Polis Kuala Jambu berada berhampiran dengan tebatan banjir, namun terdapat saliran yang menyebabkan air naik di kawasan balai itu.

“Setakat ini, keadaan balai polis itu masih selamat dan kita akan bertindak segera sekiranya berlaku banjir kelak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI