fbpx

Ayob Khan antara 4 penerima DMIJ dari Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua kanan) antara empat individu menerima DMIJ kurniaan Sultan Ibrahim (tiga kanan) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. - FOTO: ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Datuk Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan tiga individu lain.

Baginda Tuanku Sultan mengurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datuk, kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin dan bekas Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini hari ini .

Turut hadir Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ ialah Pegawai Daerah Tangkak, Mohammed Shakib Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Abu Bakar Abd. Aziz.

Turut menerima SIJ ialah Pengarah Perangkaan Johor, Wan Mohd. Shahrulnizam Wan Mohd. Najuri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Maimunah Othman.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI