fbpx

4,683 rumah tidak terjual di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep

GEORGE TOWN – Terdapat sebanyak 4,683 unit rumah bernilai kira-kira RM3.66 bilion yang sudah siap dibina namun masih belum terjual di negeri ini sehingga kini.

Jumlah tertinggi daripada angka itu adalah melibatkan kediaman jenis kondominium atau apartmen sebanyak 3,872 unit.

Ia meletakkan Pulau Pinang pada kedudukan kedua tertinggi yang memiliki rumah tidak terjual selepas Johor sebanyak 6,509 unit bernilai RM4.89 bilion, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3,863 unit (RM3.1 bilion) dan Selangor, 3,367 unit (RM2.9 bilion).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, daripada jumlah itu, hanya 347 unit atau tujuh peratus merupakan rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah.

Jelas beliau, berpandukan statistik itu, kerajaan negeri sentiasa mengingatkan para pemaju supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya turut memperbanyakkan pembinaan projek perumahan bagi unit di bawah harga RM300,000.

“Dalam keadaan ekonomi semua pihak terjejas ekoran pandemik Covid-19 ketika ini, para pemaju sepatutnya membuka mata dan mengambil peluang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, kerajaan negeri turut memperkenalkan pelbagai insentif seperti pengurangan caj-caj melibatkan pemajuan dan sebagainya dalam menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI