fbpx

Ubat ‘kuat’, main agama, gimik terpaling ‘Tauke’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKADAR gimik untuk produk ubat 'kuat' diusahakannya, Tauke menjelaskan bahawa 'perkahwinannya' dengan Shu seperti tular minggu lalu tidak wujud.

SEMINGGU sebelum dakwaan pelawak sensasi, Tauke atau nama lengkapnya, Zamatul Amri Zakaria sudah berkahwin tanpa sebarang hebahan dengan seorang wanita bernama ‘Shu’ bertebaran dalam media sosial, ada seorang figura yang terlebih dahulu melakukan perkara demikian.

Individu yang dimaksudkan ialah penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu sedar akan tanggungjawabnya menjelaskan perkara berkenaan kepada khalayak.

Itu satu tindakan yang perlu dihadirkan apresiasi dan tanda hormat atas kefahamannya tentang peranan sebagai seorang figura popular.

Selepas segala sandiwara bertulangkan tujuan publisiti, Tauke, 45, mendedahkan apa yang berlaku hanyalah strategi pemasaran sejenis ubat ‘kuat’.

Gimik lagi

Jika tanpa penjelasan gimik dan kalau benarpun dirinya sudah bernikah dengan wanita terbabit seperti didakwa, itu tidak menjadi satu masalah kerana tidak salah di sisi agama.

Cuma sebagai seorang lelaki berstatus popular, menjadi peranannya juga menjelaskan situasi bagi mengelakkan kekeliruan ramai.

“Siapa pun aku, apa pun yang aku buat, tujuan dan kehidupanku serta solatku hanya kerana Dia (Tuhan).”

Itu antara kenyataan yang ditinggalkan Tauke menerusi Instastory pada Rabu.

TANGKAP layar video tular yang memaparkan sekitar majlis ‘akad nikah’ antara Tauke dan Shu yang tular dalam TikTok sejak beberapa hari lalu.

Selang beberapa hari, dia mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan wanita bernama Shu. Tetapi nampaknya, nista tidak terhenti di situ sahaja apabila semua orang termasuk media yang membuat liputan tentang ‘kebingungan’ berkenaan dipermainkan Tauke.

Barangkali Tauke sendiri sudah ‘masak’ dengan perangai netizen kita yang suka menggembar-gemburkan sesuatu sedangkan dia ‘berseronok’ dengan segala cahaya perhatian disimbahkan ke atas dirinya sekarang.

Jumaat lalu, Tauke sempat berkongsi hasil kejayaan ‘permainan’ tersebut apabila banyak ‘seen’ diraihnya dalam InstaStory rentetan kontroversi yang tercetus.

Ubat kuat, henti main agama

Apa yang mengecewakan, selepas pelbagai episod nista melibatkan Tauke, ramai sudah mula melabelkan dirinya sebagai seorang yang gemar menaburkan kata-kata tidak benar.

Tidak kisahlah sama ada dia benar-benar sudah berkahwin dengan Shu atau sekadar usaha longlai untuk melariskan ‘ubat kuat’ yang diniagakan bersama rakan kongsinya, cuma alangkah baiknya kalau dia tidak perlu mencanang tulisan ‘holier-than-thou’ dalam Instagram.

Sekalipun Tauke sudah berkahwin sekali lagi atau dia sekadar berhasrat memperdayakan ramai atas nama publisiti murahan, perlu diingatkan, anda diperhatikan.

Malah ada satu kuasa ‘mutlak’ yang menimbang tara segala kebaikan dan keburukan dikerjakan manusia di atas muka bumi ini.

TIDAK hanya Tauke, isterinya, Nadia Mohd. Affendi yang dinikahi sejak 9 Disember 2017 juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila berita ‘perkahwinan kedua’ suaminya menjadi buah mulut ramai.

Kalau meninjau akaun Instagram si perempuannya pula, apa yang dilaksanakan sejak beberapa hari lalu hanya bertatahkan gimik murahan untuk produk yang kalau diizinkan Ilahi, akan bertahan lama di pasaran.

Kalau tidak, berseronoklah seketika dengan segala perhatian yang sudah tentunya bersifat sementara sahaja. Selepas ini, bersedialah dengan kutukan ramai apabila orang label kalian suka menebarkan tipu helah.

“Yang mendapat hidayah. Dimuliakan dan dilindungi dari segala ancaman dunia dan akhirat dan kurniakanlah aku yang zuhud.”

Itu tulisan yang tertera pada ‘display name’ dan ‘bio’ Instagram Tauke. Didoakan agar doa itu diangkat ke langit.

Cuma harapnya, seiringkanlah tindak-tanduk realiti dengan doa yang dilaungkan dalam tempat yang penuh tipu daya bernama media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI