fbpx

Sultan Perak berkenan lancar sambutan 100 tahun UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan majlis sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim hari ini.

PETALING JAYA- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan majlis sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim hari ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, sambutan berkenaan akan membentangkan kenangan dan menghargai sumbangan seluruh alumni pusat pengajian tinggi itu yang bermula dari era Sultan Idris Training College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) sehingga ke era UPSI.

”UPSI memiliki sejarah yang panjang berikutan penubuhannya berkesinambungan dari zaman SITC yang ditubuhkan pada 29 November 1922, MPSI, IPSI seterusnya dinaiktarafkan kepada UPSI pada 1 Mei 1997.

”Majlis Sambutan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI bermula dengan pelancaran logo sambutan pada awal Ogos lalu yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, majlis sambutan itu akan diadakan pada 30 November ini selepas tamat Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-22 pada 26 November lepas.

”Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah dihias indah, manakala pintu gerbang kampus berkenaan diserikan dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni yang mencantikkan lagi suasana kampus pada malam hari,” jelasnya.

Sementara itu, UPSI memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki pelbagai cenderamata yang menampilkan logo eksklusif sambutan 100 tahun UPSI.

Selain itu, UPSI juga melaksanakan 100 program yang membabitkan kluster dalam penganjuran program sejarah, teknologi pendidikan, kebudayaan, kerohanian, kepimpinan, penerbitan, penyelidikan dan inovasi, rekreasi, keusahawanan, pengantarabangsaan dan komuniti sehingga acara kemuncak sambutan pada 29 November 2022.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI