fbpx

Rumah tangga Priyanka Chopra, Nick Jonas bergolak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA Chopra dan suaminya, Nick Jonas.

SELEPAS mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, aktres Bollywood terkenal, Priyanka Chopra telah mengguna pakai nama keluarga (surname) suaminya, Nick Jonas untuk dikenali sebagai Priyanka Chopra Jonas untuk akaun Twitter dan Instagram miliknya.

Bagaimanapun, baru-baru ini, bintang filem Don mencetuskan tanda tanya global apabila tidak lagi menggunakan nama ‘Jonas’ dalam kedua-dua laman sosial tersebut.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas mereka meraikan Diwali pertama bersama-sama dengan beberapa tetamu, termasuk selebriti popular seperti John Legend dan Chrissy Teigen.

Perkara tersebut sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen sehingga ada yang mula berspekulasi bahawa hubungan rumah tangga pasangan popular itu sedang bergolak dan bakal melalui episod perceraian tidak lama lagi.

Tindakan bekas pemenang pertandingan ratu cantik, Miss World 2000 itu turut memberi kerisauan dalam kalangan peminatnya.

Lebih-lebih lagi umum mengetahui bahawa kehidupan Priyanka dan Jonas dilihat sentiasa dipenuhi dengan momen romantik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI