fbpx

Pukul, seret warga asing hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR PUTEH – Seorang warga asing yang ditemui dalam keadaan bogel di sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali di sini baru-baru ini dipercayai telah dipukul dan diseret oleh 12 orang lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an telah dicekup oleh penduduk kampung selepas dipercayai menceroboh masuk sebuah kedai.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia dipukul, diseret secara beramai-ramai sehingga meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati ada kesan koyak pada bahagian kepala, lebam bahagian punggung dan kesan cedera akibat diseret sebelum dibuang di kawasan lapang berhampiran jeti berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan kakinya telah diikat dengan tali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis serah dan terima tugas bekas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Mohd. Azmir Damiri kepada Deputi Superintendan Ediansha Endal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI