fbpx

Lelaki rempuh pengawal keselamatan di KSAB ditahan polis Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki ditahan ditahan polis Singapura ketika cuba melarikan diri selepas merempuh seorang pengawal keselamatan.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta Proton Iswara yang merempuh pengawal keselamatan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri semalam ditahan polis Singapura ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejadian langgar lari itu dilaporkan berlaku pada pukul 4 pagi.

Katanya, mangsa yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan akibat dirempuh kenderaan jenis Proton Iswara.

“Siasatan dibuat mendapati suspek bertindak melarikan diri mengikut laluan eksport lori selepas enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dijalankan pihak keselamatan.

“Suspek kemudiannya ditahan polis Singapura dan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia setelah proses dokumentasi selesai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut dibuat terhadap suspek mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 186, Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melakukan perbuatan khianat dan ceroboh.

“Suspek yang berusia 47 tahun itu juga akan disiasat 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI