fbpx

Legenda F1, Frank Williams meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas pasukan Williams F1, Sir Frank Williams meninggal dunia.

LONDON – Pengasas dan bekas ketua pasukan Williams Racing Formula Satu (F1), Sir Frank Williams telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Mendiang yang membina sebuah pasukan perlumbaan sempena namanya kini menjadi salah satu pasukan paling berjaya dalam sukan tersebut.

Semasa bersama Williams, pasukan itu telah memenangi sembilan kejuaraan kategori pengeluar dan tujuh gelaran kategori pemandu serta mendominasi kebanyakan perlumbaan pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Bagaimanapun, mendiang dan anak perempuan Claire meninggalkan perlumbaan F1 pada September 2020 selepas menjual pasukan itu kepada pelabur dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu kenyataan, pasukan Williams mengucapkan takziah kepada keluarga Williams berikutan berita sedih itu selain mengesahkan kematian Sir Frank Williams iaitu pengasas dan bekas ketua pasukan Williams Racing, pada usia 79 tahun.

“Selepas dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat, Sir Frank Williams disahkan meninggal dunia pagi ini dan dikelilingi oleh keluarganya.

“Hari ini kami memberi penghormatan kepada tokoh kami yang sangat disayangi. Frank Williams akan terus dirindui. Kami meminta semua rakan menghormati permintaan keluarga Williams pada masa ini,” kata pasukan tersebut dalam satu kenyataan.

Williams menggunakan kerusi roda sejak terbabit dalam kemalangan di Perancis pada 1986. Pada 2012, mendiang meletak jawatan daripada pengurusan pasukan Williams. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN