fbpx

Jalan kaki 290 km, tunai nazar kerajaan benarkan rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahrizal Harun tiba di Hentian Gua Musang hari ini selepas berjalan kaki sejauh 290 kilometer selama empat hari. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki nekad untuk berjalan kaki sejauh 290 kilometer (km) merentas negeri Selangor, Pahang dan Kelantan sebagai nazar untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam Baru di sini.

Mohd. Syahrizal Harun, 40, atau lebih dikenali sebagai Mat yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di ibu kota berjaya menunaikan nazarnya selepas berjalan kaki selama empat hari.

Menurut Mat, sebelum ini dia tertekan kerana sudah dua tahun tidak dapat balik ke kampung halamannya akibat pandemik Covid-19.

Katanya, sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat oleh pihak kerajaan, dia bernazar untuk pulang ke kampung dengan cara berjalan kaki sebagai tanda kesyukuran.

“Pada malam Khamis lalu, saya mula berjalan kaki bermula dari Tol Gombak, Selangor pada pukul 11 malam dengan berbekalkan pelitup muka dan air mineral. Alhamdulillah, saya selamat sampai di Hentian Gua Musang pada pukul 5 pagi tadi.

“Sepanjang perjalanan pada hari kedua dan ketiga, saya kerap kali berhenti kerana cuaca hujan dan merawat kaki yang melecet,” katanya ketika ditemui pemberita di Hentian Gua Musang hari ini.

Kepulangan Mat ke Gua Musang disambut oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail bersama Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI