fbpx

Hirisan otak manusia disimpan 12 jam ‘hidup-hidup’ untuk kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis menyimpan hirisan otak manusia di dalam ceper makmal selama 12 jam. - Universiti Copenhagen

COPENHAGEN, DENMARK – Satu hirisan otak manusia berukuran satu sentimeter (sm) disimpan ‘hidup-hidup’ di atas ceper makmal selama 12 jam dalam kajian bagi membantu penyelidik mencari ubat-ubatan baharu dan rawatan ke atas penyakit yang membawa maut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kajian yang dijalankan sekumpulan saintis dari Universiti Copenhagen itu mengambil ekstrak sekeping tisu otak dari korteks pesakit dan dengan pantas memulakan proses baharu bagi memastikan ia mampu bertahan.

Pasukan itu pada mulanya menyejukkan tisu tersebut dan memberikannya bekalan oksigen agar sel terus hidup sebelum meletakkan satu kepingan kecil di dalam campuran ion dan mineral. Ia merupakan bahan yang sama ditemui dalam cecair tulang belakang serebrum.

Ketua penyelidik, Emma Louise Louth berkata, dia dan pasukannya dapat mengekalkan tisu otak untuk hidup selama 12 jam, sekali gus membolehkan kajian dan eksperimen dijalankan.

Kaedah tersebut sebelum ini hanya boleh dilakukan ke atas haiwan.

“Meminjam analogi daripada seorang penyelidik lain, tikus dan manusia mempunyai fungsi asas yang sama, namun otak manusia lebih kompleks.

“Kami juga tahu bahawa terdapat perbezaan dalam jenis sel dan ekspresi reseptor tertentu. Oleh itu, ujian secara langsung dalam tisu manusia adalah peluang yang unik,” kata Louth.

Kajian tersebut membawa kepada peluang rawatan baharu, seperti berkaitan dengan pemulihan selepas strok atau jenis kerosakan otak akut lain, di mana pesakit kehilangan sambungan sinaptik di otak dan perlu membentuk sambungan baharu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN