fbpx

Haqiem, Sofea, siapa yang artis sekarang ni?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Haqiem dan Sofea ketika melayan peminat sewaktu berbulan madu di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

ORANG kata, inai di jari masih berbau kalau bercakap pasal penyanyi popular Haqiem Rusli dan isteri yang baru dikahwininya minggu lalu, Anis Sofea.

Mana tidaknya, seronok tengok pasangan pengantin itu berbulan madu di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tapi walaupun sedang berbulan madu, Haqiem masih sempat kongsikan percutian mereka kepada peminat dengan membuat IG Live beberapa hari lalu.

Walaupun dah berstatus suami dan isteri orang, tapi jiwa muda mereka masih menebal sebab pada waktu itu, kedua-duanya bukan main seronok lagi membina istana pasir.

Haqiem pula layan saja kerenah comel isterinya. Cuma yang menarik perhatian Diva, sewaktu bersiaran langsung itu, Haqiem didatangi beberapa peminat yang turut berada di pantai tersebut.

Apa yang lucunya, kebanyakan orang di situ paling berminat nak bergambar dengan Sofea, bukannya Haqiem. Ah, sudah! Siapa yang artis sekarang ni? Nampaknya isteri

Haqiem sudah popular dan ada peminat sendiri sekarang.

Haqiem sendiri pun beberapa kali berseloroh, ‘Cik Pia dah ada peminat lah sekarang’. Amboi, cemburu pula dia. Dah isteri awak cantik, memanglah ramai suka kan. Bertuah badan.

DIVA: Ada sumber menyampaikan cerita di telinga Diva yang seorang artis ini tanpa segan silu menunjukkan dirinya penunggang agama. Berhijrah sebab bisnes. Takutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI