fbpx

Anggota PGA jatuh bot semasa memancing ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa mayat anggota PGA yang ditemui lemas ketika memancing di perairan Lekir dekat Lumut pagi tadi

LUMUT – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan terjatuh dari bot ketika memancing di perairan Lekir malam tadi ditemui lemas pagi ini.

Mangsa, Nurman Hafiz Nordin, 35, yang bertugas di Batalion Empat PGA Semenyih, Selangor, ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh pada pukul 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol, berkata mayat mangsa ditemui terapung oleh nelayan di lokasi kejadian.

Jelasnya, sebelum ini mangsa bersama abang dan anak saudaranya menaiki sebuah bot bagi menangkap ikan di kawasan perairan Batu 8 Lekir, dekat sini.

“Mangsa bagaimanapun dilaporkan terjatuh apabila bot yang dinaiki berpusing ketika dalam perjalanan balik ke pelantar ikan Batu 8 Lekir pada jarak kira-kira 1.8 kilometer dari jeti tersebut.

“Abangnya berjaya naik semula ke bot, manakala mangsa pula hilang

“Abang mangsa cuba mencarinya tetapi gagal dan segera menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan. ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ekoran itu, sepasukan anggota dari BBP Sitiawan dibantu BBP Seri Manjung melakukan operasi mencari dan menyelamat sejurus laporan diterima pada pukul 8.09 malam.

Beliau memberitahu mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu yang diketuaimya tamat pada pukul 9.30 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN