fbpx

Uyaina pernah diminta berlakon ‘minum’ di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Disebabkan kurang popular dan ‘suci’ daripada gosip liar, pelakon Uyaina Arshad mendedahkan pernah diminta berlakon ‘minum’ di kelab malam semata-mata untuk meraih publisiti segera.

Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, berkongsi pengalaman tersebut selepas tular mengenai isu pelakon dipilih berdasarkan jumlah pengikut berjuta dan populariti.

“Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. ‘Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’.

“Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu,” dedah pengacara Wanita Hari Ini itu dalam satu ciapan Twitter.

Bercerita lanjut kepada pengikut Twitternya, situasi yang dianggap sangat teruk itu masih segar dalam ingatannya sehingga kini.

“Sangat teruk. Walaupun sudah empat tahun berlalu tetapi ayat tersebut masih segar dalam ingatan.

“Perkara itu juga sangat merendahkan maruah diri saya. Sebab jika saya ikut dan lakukan apa yang diminta, memang mudah untuk meraih populariti segera namun ibu saya pasti akan sangat kecewa dengan hal tersebut,” ujarnya lagi.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada individu yang memintanya melakukan hal tersebut daripada pihak stesen televisyen atau rumah produksi.

Semalam, kecoh dalam media sosial khususnya Twitter mengenai isu pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial selepas aktor popular, Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada sebuah syarikat penyiaran.

“Syarat pelakon: Fokus untuk mereka yang masih muda, popular dan mempunyai jumlah pengikut yang tinggi dalam Instagram.”

Perkara tersebut mendapat perhatian dan respons daripada ramai selebriti dan penggiat seni tanah air kerana kecewa dengan syarat pemilihan yang tidak masuk akal tersebut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI