fbpx

Ramai rupa-rupanya yang rindu Lan A To Z

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Lan tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas sebuah videonya menyanyikan lagu Itik Gembo-Gembo tular dalam TikTok.

KUMPULAN A To Z bukan nama asing dalam kalangan mereka yang membesar sekitar tahun 1990-an.

A To Z yang telah berpecah itu pernah dianggotai oleh Lan, Jeff dan Allahyarham Fendy sangat popular dengan lagu Itik Gembo-Gembo dan Iyo Ko.

Seperti menghilangkan rasa rindu peminat, nama Lan tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas sebuah videonya menyanyikan lagu Itik Gembo-Gembo tular dalam TikTok.

Disebabkan video tersebut, ramai mula mengenang semula memori zaman kegemilangan A To Z.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang memasang impian untuk melihat Lan kembali aktif dan menyertai Gegar Vaganza.

“Rindunya nak tengok Lan menyanyi. Saya harap Lan dapat menyertai Gegar Vaganza, amin,” luah seorang netizen.

Video tersebut sudah mendapat lebih 80,000 tontonan dan 4,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI