fbpx

MOT gesa turunkan harga tambang penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE Ka Siong

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menggesa semua pihak supaya mengambil tindakan segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa perlu campur tangan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah memanggil syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo untuk berbincang bagi mengurangkan tambang penerbangan.

Beliau berkata, perbincangan itu khusus bagi membolehkan lebih ramai penumpang menikmati tambang penerbangan yang lebih rendah bagi tempoh akhir tahun ini.

“Sejurus pertemuan ini, Malaysia Airlines telah berjanji untuk menambah penerbangan tambahan ke Sarawak pada bulan Disember, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak lagi kekerapan penerbangan.

“Dalam masa sama, MOT telah menulis surat kepada Menteri Pengangkutan bagi negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin pada 18 November lalu untuk meminta Kerajaan Negeri mengembalikan keputusan mengawal selia frekuensi perkhidmatan penumpang udara kepada MAVCOM.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak telah memutuskan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan daripada 223 kepada 307 penerbangan seminggu ke Sarawak kepada Malaysia Airlines, Firefly, AirAsia, Malinda dan Scoot (Singapura), bermula 4 Disember ini hingga 5 Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, beliau berharap kerajaan negeri akan segera mengembalikan jumlah kekerapan tersebut kepada 502, sama seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Ka Siong berkata, kerajaan memahami keresahan dan maklum balas orang ramai mengenai harga tambang penerbangan yang terlalu tinggi menjelang musim cuti penghujung tahun ini dan awal 2022.

Menurutnya, kerajaan mengingatkan kepada semua pemain industri supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI