fbpx

Lima agensi penguatkuasa kolaborasi dalam Ops Sepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tengah) sedang membuat pemeriksaan ke atas pemandu sebuah kenderaan di Tol Sungai Besi arah selatan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Ops Sepadu di Lebuh Raya Utara-Selatan malam ini bagi mendidik dan menasihati pengguna jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, Ops Sepadu hari ini melibatkan anggota JPJ di tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Manakala agensi penguatkuasa lain yang terlibat adalah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Ops Sepadu yang diadakan di Plaza Tol Sungai Besi melibatkan kedua dua arah ini memberi fokus kepada pemantauan pematuhan dan undang-undang terhadap pengguna pelbagai jenis kenderaan.” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Aedy sebanyak 3,210 kenderaan telah diperiksa setakat pukul 11 malam dan 596 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Sementara itu, sebanyak 3.7 juta kenderaan masih tidak memperbaharui cukai jalan.

“Mereka diberi tempoh sehingga 31 Disember 2021 dan bermula hari ini kaunter JPJ akan dibuka pada hari minggu sehingga hujung tahun,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI