fbpx

‘Dah langgar kita, tapi dia pula marah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta mangsa selepas dilanggar seorang penghantar makanan baru-baru ini.

PETALING JAYA- Sudah jatuh ditimpa pula tangga, itu mungkin perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib dialami oleh seorang pemilik kereta selepas terlibat dengan satu kemalangan baru-baru ini.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Helmi itu dikatakan berdepan nasib malang ekoran keretanya bukan sahaja dilanggar sebuah motosikal malah turut dimarahi oleh penunggang selepas dikatakan menyebabkan makanan dibawanya tumpah.

Menerusi perkongsian video dashcam dibuat Mohd. Helmi di Facebook, dia yang memandu keretanya pada 31 Oktober lalu telah dilanggar oleh seorang penghantar makanan apabila berada di persimpangan lampu isyarat.

“Kejadian pada 31 Oktober 2021, sudah langgar kita, boleh pula dia marah sebab makanan dia bawa tumpah, tengah hubungi balai polis, dia pula telah lari entah kemana.

“Makan modal juga untuk perbaiki,” tulisnya ringkas.

Menerusi perkongsian itu, Mohd. Helmi turut memaparkan keadaan keretanya yang remuk selepas dilanggar penghantar makanan daripada arah hadapan.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut membuat pelbagai andaian berhubung kejadian itu dengan ada daripada mereka mendakwa rider berkenaan melihat telefon ketika menunggang motosikal.

“Dia tengok telefon bimbit, agaknya tengok peta kot, tapi tak patut la dia nak marah-marah pula, sebab kereta itu tengah berhenti,” kata Leeya Crystal New.

“Ambil nombor plat, buat laporan, nanti dia kena saman RM300, kalau dia berhenti paling-paling RM150 untuk buat baiki,” jelas Mat Ice Cream Rolls.

“Geram betul yang jenis langgar lari ini, hari itu saya kena beratus tukar lampu,” ujar Aizan Shafiee. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI