fbpx

Angkara Lisa, Rose pun kena kurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA anggota Blackpink, Lisa dan Rose kini terpaksa berkurung akibat Covid-19.

RENTETAN seorang anggota Blackpink, Lisa yang disahkan positif Covid-19, segala kerja seni melibatkan rakannya, Rose terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan serta-merta.

Memetik laporan Soompi, hasil siasatan, Rose merupakan salah seorang kontak rapat kepada Lisa dan mereka kerap bersama sebelum penyanyi asal Thailand itu disahkan positif.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan YG Entertainment, Rose akan menjalani kuarantin kendiri dan mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Rose juga terpaksa membatalkan semua aktiviti dan kerja-kerja seni seperti yang dijadualkan walaupun dia negatif.

“Antaranya telah dijadualkan untuk Rose ialah kemunculan pada kempen promosi barangan mewah, Tiffany & Co tetapi disebabkan situasi dirinya, Rose terpaksa membatalkannya kehadiranya demi keselamatan semua pihak,” kata kenyataan tersebut.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan, selepas seseorang itu diiktiraf sebagai kenalan rapat untuk kes Covid-19, warganegara yang tidak divaksinasi perlu mengasingkan diri selama 10 hari.

Manakala mereka yang telah lengkap divaksinasi boleh dikecualikan daripada kurantin wajib jika keputusan ujian PCR mereka menunjukkan negatif, sebaliknya hanya perlu kuarantin secara kendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI