fbpx

Sebutan semula janda anak lima edar dadah 11 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rupieh (kiri) dan Irwanda di luar galeri Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

KLANG – Sebutan semula kes pendakwaan pengedaran dadah seberat 56 kilogram (kg) melibatkan seorang wanita Orang Asli yang merupakan janda anak lima dan lelaki Indonesia ditetapkan pada 11 Januari depan.

Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin menetapkan tarikh tersebut bagi menunggu laporan kimia terhadap dua pertuduhan dihadapi Rupieh Johari, 38, dan Irwanda Saputra berusia 23 tahun.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang telah meninggal dunia telah mengedar dadah jenis Amphetamine seberat 25 kg dan Methamphetamine dengan berat 31 kg di atas sebuah bot tanpa nombor pendaftaran.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira 1.6 batu nautika dari Tanjung Bakau, Klang pukul 11 malam pada 30 Mei lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Intan Siti Sabrina Mod Nadzri dan kedua-dua tertuduh diwakili Peguam K.P. Quek.

Kosmo! pada 31 Mei lalu melaporkan seorang lelaki orang asli yang merupakan penyeludup dadah mati dipercayai selepas bot dipandunya bertembung dengan bot Maritim Malaysia (APMM) dalam kejadian di 3.4 batu nautika dari barat daya Sungai Kapar Kecil di sini.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu pada 30 Mei lalu, suspek berusia 70 tahun meninggal dunia di bot ketika cuba menyeludup 56 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan pil ekstasi.

Turut ditahan adalah anak perempuannya dan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia masing-masing berusia 24 dan 40 tahun. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI