fbpx

Pemandu maut, dua lori bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang dipandu mangsa terbabas selepas bertembung dengan sebuah lagi lori di Kampung Gondang, Jalan Kemubu dekat Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan berat yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi lori dari arah bertentangan yang terbabas di kawasan selekoh di Kampung Gondang, Jalan Kemubu di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Wan Mohamad Asuadi Wan Asli, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, sebuah lagi lori jenis Hino dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Dewan Beta ke Kemubu.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian yang juga merupakan laluan selekoh, pemandu lori itu dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya.

“Lori tersebut kemudian memasuki laluan bertentangan dan terbabas sebelum merempuh sisi kanan bahagian belakang sebuah lori yang dipandu mangsa.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua lori terbabas ke bahu kiri jalan menghala ke Kemubu. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di ruangan pemandu lori itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat.

Ujarnya, pemandu sebuah lagi lori hanya mengalami cedera ringan pada bahagian tangan dan ujian saringan air kencing terhadapnya turut mendapati dia positif dadah jenis methhamphetamine.

“Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berrbahaya 1952,” katanya.

Tambah Abdul Rahim, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI