fbpx

Rentas negeri jadi punca kes naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARGA kota pulang ke kampung untuk bertemu ibu bapa sejak kebenaran rentas negeri diberikan kerajaan bermula 11 Oktober lalu. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes Covid-19 kecuali Perlis, Sarawak dan Sabah susulan kebenaran merentas negeri yang dilaksanakan 11 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, enam negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan dan Labuan pula menunjukkan kadar pengisian katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus.

Katanya, tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Terengganu dan Kelantan menunjukkan kadar pengisian katil ICU melebihi 50 peratus.

“Dalam kalangan pesakit Covid-19 kategori 3 hingga 5 yang dirawat di fasiliti kesihatan, didapati bilangan pesakit dalam kalangan kumpulan umur 40 tahun ke atas dan juga kumpulan warga emas telah menunjukkan peningkatan.

“Kementerian percaya peningkatan ini mungkin disebabkan faktor tahap antibodi terhadap Covid-19 yang menurun selepas beberapa bulan menerima vaksinasi lengkap. Situasi ini juga dilihat di banyak negara yang mencapai kadar vaksinasi lengkap yang tinggi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, golongan warga emas dan golongan 40 sehingga 59 tahun telah terlebih dahulu menerima vaksin sebelum ini maka tahap antibodi mereka terhadap Covid-19 menurun lebih awal.

Katanya, bagi memastikan tahap antibodi terhadap jangkitan Covid-19 kekal optimum, KKM menyarankan pemberian dos penggalak (booster) dan sehingga 25 November, sebanyak 1,823,474 dos penggalak telah diberikan malah data terkini daripada kumpulan remaja juga amat memberangsangkan.

“Namun begitu, terdapat juga indikator yang perlu diberi perhatian serius. Di peringkat kebangsaan, bilangan pesakit Covid-19 yang dirawat di fasiliti kesihatan didapati meningkat semula meliputi pesakit semua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI