fbpx
LIVERPOOL mencatat kemenangan bersih dalam lima aksi setakat ini termasuk ketika menewaskan Porto awal pagi semalam. – AFP

Klopp hilang ‘mood’ rai kejayaan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hilang ‘mood’ untuk meraikan kejayaan anak buahnya menewaskan Porto 2-0 di Liga Juara-Juara selepas di­tanya soalan ‘panas’.

Dua gol menerusi Thiago Alcantara dan Mohamed Salah memastikan Liverpool unggul di Kumpulan B dengan rekod kemenangan bersih.

Namun, kemarahan Klopp timbul selepas ada wartawan bertanya soalan berkaitan ke­nyataan pengurus itu yang menyifatkan Piala Negara-Negara Afrika (ANC) sebagai pertandi­ngan biasa.

Wartawan menganggap ke­nyataan itu sebagai satu penghinaan kepada pemain, peminat di benua itu dan mendesak pengurus itu meminta maaf.

Bagaimanapun, Klopp mempertahankan komennya itu dengan merujuk akan kehilangan Mohamed Salah dan Sadio Mane yang akan bermain di pertandi­ngan itu pada Januari ini.

“Saya tidak bermaksud se­perti itu. Saya tidak tahu kenapa kamu boleh faham sebegitu.

“Tidak pernah terfikir untuk saya katakan Piala Negara Afrika sebagai ‘pertandingan kecil’ atau pun mengatakan benua Afrika adalah kecil.

“Apa yang saya maksudkan, jika kamu melihat keseluruhan sidang media itu, kamu pasti akan faham dengan cara yang betul kerana saya mengatakan tiadanya rehat antarabangsa sehingga Mac ini.

“Saya hanya katakan ia adalah pertandingan. Ia tetap satu pertandingan yang besar dan kami akan kehilangan pemain utama kami,” kata Klopp. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN