fbpx

Babi hutan ‘merayau’ berlaku di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan dua ekor babi hutan berkeliaran di sebuah parkir pasar raya di Batu Pahat, Johor berlaku kelmarin.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan kejadian kemunculan dua ekor babi hutan berkeliaran di kawasan parkir premis sebuah pasar raya berlaku di Batu Pahat dekat sini.

Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Aminuddin Jamin berkata, kejadian itu berlaku sehari sebelum video tular di laman sosial Facebook dan Tik Tok.

“Saya mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya di Batu Pahat. Pihak kita telah ke lokasi sejurus menerima aduan daripada orang awam.

“Pegawai Perhilitan melakukan operasi dengan menghalau binatang berkenaan keluar dari kawasan parkin kenderaan dan memastikan tiada kemalangan tidak diingini berlaku,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aminuddin berkata, proses samak juga tidak dilakukan kerana babi hutan berkenaan hanya berkeliaran di kawasan parkir selain tidak memasuki atau mendekati bangunan premis.

Terdahulu, kemunculan haiwan liar itu sempat dirakam sebelum video berdurasi 26 saat itu dimuat naik semalam, selain tular diaplikasi TikTok didakwa berlaku di Seremban Jaya, Negeri Sembilan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN