fbpx

SugarBomb, Digi jalin kolaborasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SugarBomb dan Digi jalin kerjasama menerusi Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win yang menawarkan hadiah hingga RM200,000.

PETALING JAYA – Menyedari peningkatan penggunaan data internet yang menjadi keperluan ramai, jenama pewangi terkenal SugarBomb menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn. Bhd.

Kolaborasi tersebut mencetuskan penganjuran Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win (Imbas & Menang).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli, kolaborasi itu tercetus daripada slogan Jom Berinspirasi yang diperkenalkan jenama telekomunikasi berkenaan.

“Seiring dengan slogan tersebut, kerjasama antara Sugarbomb dan Digi ini bersifat saling menginspirasi dengan kepakaran masing-masing.

“Lalu kami lancarkan dua edisi minyak wangi 30 ml yang dipanggil Freedom dan Inspire sejak 18 November lalu untuk menjamin agar anda kekal harum sepanjang hari.

“Serentak dengan jualan minyak wangi itu, kita anjurkan peraduan Scan & Win (imbas dan menang) ini yang akan berakhir pada 31 Disember,” katanya yang memberitahu seramai 1,000 orang pemenang dicari.

Tambah Ahmad Azhari, kerjasama ulung itu menawarkan hadiah lumayan mencecah hampir RM200,000 berupa minyak wangi, data internet percuma serta panggilan tanpa had.

“15 peserta daripada jumlah keseluruhan akan dipilih sebagai pemenang utama dan selebihnya akan menerima hadiah sagu hati. Senarai pemenang akan diumumkan pada 6 Januari 2022 di laman Facebook SugarBomb.

“15 pemenang utama akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 35 yang mana mereka akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi percuma selama tiga bulan (35GB sebulan) termasuk panggilan tanpa had beserta baucar belian Shopee bernilai RM100 setiap seorang.

“Manakala, pemenang sagu hati pula akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 15 yang didatangkan dengan 3.5GB data internet berkelajuan tinggi serta akses media sosial tanpa had secara percuma selama 3 bulan,” katanya.

Kata Ahmad Azhari lagi, semua pelanggan Digi Prabayar NEXT juga boleh menebus minyak wangi SugarBomb secara percuma bermula 12 Disember ini.

“Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk penyertaan atau maklumat lanjut layari pautan https://bit.ly/30Tv4uq,” katanya yang berharap kolaboratif tersebut boleh memberi manfaat kepada masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI