fbpx

Suami tipu isteri mati untuk kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suraji mempersiapkan semua dokumen pernikahan dengan cara memalsukan surat keterangan kematian serta beberapa dokumen penting lain. – Pexels

JAKARTA – Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Indonesia berdepan  hukuman penjara kerana membantu seorang individu untuk memalsukan surat kematian isterinya demi untuk berkahwin lagi, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Ketua KUA Petang dalam wilayah Bali, Abdul Munir, 43, membantu Suraji, 56, untuk mengeluarkan surat tersebut pada Ogos 2019 dengan menerima bayaran berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443).

Dia dilaporkan melakukan jenayah pemalsuan surat dengan cara membuat surat pengakuan dan keterangan kematian atas nama isteri Suraji, Diah Suartini.

Surat tersebut memaklumkan bahawa Diah telah meninggal dunia, sedangkan dia masih hidup dan sihat sehingga kini.

“Abdul Munir yang juga merupakan Ketua KUA membantu Suraji mempersiapkan semua dokumen pernikahan dengan cara memalsukan surat keterangan kematian serta beberapa dokumen penting lain.

“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia masih suami Diah yang sah,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, I Ketut Maha Agung.

Menurut pendakwa raya, perkara itu telah menyebabkan kerugian kepada Diah iaitu dari segi kesan psikologi di mana dia masih hidup sehingga ke saat ini.

Kedua-sua suspek telah ditahan Polis Badung sehingga kini. Jika disabit bersalah, kedua-dua mereka boleh didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dengan hukuman penjara maksimum selama lapan tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI