fbpx

SOP PRN Sarawak akan dimuktamad menjelang 30 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan sewaktu menyampaikan ucaptama pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang I Penggal Ke-33 Tahun 2021-2022 di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan dimuktamadkan menjelang 30 November ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan dan ia akan diselaraskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.

“Saya telah mengadakan perbincangan tengah hari tadi dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan dengan SOP dan saya telah menugaskan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang untuk menyelaraskan perkara ini dengan kerajaan negeri Sarawak.

“Ada beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi saya telah memberi masa sehingga 30 November sebelum dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang I Penggal Ke-33 Tahun 2021-2022 di Seremban hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan diadakan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 6 Disember.

Sementara itu, mengulas mengenai isu melibatkan doktor kontrak, Khairy memberitahu beliau akan membawa satu memorandum kepada jemaah menteri bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya akan membawa satu memorandum kepada jemaah menteri dalam masa yang terdekat. Saya akan melihat kepada penyelesaian bagi jangka pendek dan jangka panjang.

“Kami mengharapkan bahawa ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan isu berkenaan. Kesemua aspek akan diteliti sebelum menyerapkan mereka ke lantikan tetap,” katanya.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan memulakan siri mogok kedua di seluruh negara pada 8 Disember ini akibat masalah lantikan tetap mereka ke dalam Kementerian Kesihatan masih belum selesai.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, siri protes itu akan menyerupai naratif mogok pertama yang dilaksanakan pada 26 Julai lalu dan dijangka lebih daripada 5,000 doktor kontrak akan menyertai gerakan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI