fbpx
Kompleks Petronas Sudan yang menempatkan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum turut ditauliahkan untuk hal ehwal di Habsyah. – FOTO: MEDIA SOSIAL

Krisis di Habsyah: 4 warga Malaysia disahkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai empat rakyat Malaysia yang berada di Habsyah disahkan berada dalam keadaan selamat susulan konflik bersenjata di negara rantau timur benua Afrika itu.

Kementerian Luar menerusi kenyataan di sini hari ini turut mengesahkan bahawa kesemua mereka itu memang berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan.

“Para pegawai kedutaan juga sentiasa berhubung rapat dengan mereka dan menasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan masing-masing,” katanya.

Wisma Putra malahan memberi jaminan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan terkini ekoran perang saudara antara dua kumpulan bersenjata sejak 3 November tahun lalu.

Ia melibatkan pasukan keselamatan negara itu, Angkatan Pertahanan Nasional Ethiopia dan puak pemberontak tempatan yang dikenali sebagai Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray.

Pertempuran dilaporkan meletus di Wilayah Tigray, Amhara dan Afar sehingga mengorbankan lebih 3,000 orang awam selain hampir 4,500 cedera dan kira-kira 10,000 tentera ditawan.

Bagaimanapun situasi tegang awal bulan ini telah memaksa Parlimen Habsyah mewartakan perintah darurat di seluruh negara selama tempoh enam bulan bermula 5 November lepas.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, empat warga Malaysia itu juga boleh menimbangkan untuk meninggalkan Habsyah menerusi penerbangan komersial yang masih beroperasi.

“Selain itu, rakyat Malaysia yang berhasrat melakukan lawatan ke Ethiopia dinasihatkan agar menangguhkan sebarang perjalanan tidak mustahak buat masa ini,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

POPULAR