fbpx
Syed Saddiq ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kes Syed Saddiq dibenar pindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memindahkan empat kes jenayahnya untuk dibicarakan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian atas alasan terdapat kemungkinan timbulnya persoalan-persoalan berkaitan Perlembagaan.

“Saya yakin akan terdapat kemungkinan timbulnya persoalan-persoalan perundangan yang luar biasa dan ia akan mempercepatkan proses keadilan sekiranya kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Oleh itu, permohonan adalah dibenarkan,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu diwakili peguam, Gobind Singh Deo manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin.

Pada Ogos lalu, Syed Saddiq memohon supaya kes pecah amanah berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan pengubahan wang haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Berdasarkan notis permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Ogos lalu menerusi Tetuan Haijan Omar & Co, Syed Saddiq selaku pemohon turut memohon agar semua prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan tersebut. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN