fbpx

Beli roti cuma AS$5, beri tip AS$2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan itu meninggalkan tip sebanyak AS$2,000 (RM 8,454). - MICHELLE KAISER

LINCOLN, NEBRASKA – Pekerja sebuah kedai roti di Nebraska terkejut apabila pelanggan yang membuat pesanan cuma AS$5 (RM 21.13) memberikan mereka tip sebanyak AS$2,000 (RM 8,454) lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Seorang pekerja di The Omaha Bakery di Bellevue bernama Preston Rath berkata, pelanggan bernama Nicholas itu memesan dua pastri dengan harga AS$5 (RM 21.13) dan kemudiannya menyertakan AS$2,000 sebagai tip.

‘’Saya berkata, ‘itu salah, kamu memberi terlalu banyak tip’ dan dia menjawab ‘kalau kamu tidak kisah, saya okay sahaja’,’’ kata Rath kepada KETV.

Kedai itu berkongsi gambar resit tersebut di laman Facebook. Pemiliknya malah berkata, tip itu akan dikongsikan kepada pekerja hariannya. 

‘’Dia tahu bahawa ia adalah masa yang sukar disebabkan Covid-19. Dia tahu bahawa orang ramai secara umumnya sedang bergelut. Dia juga perasan kakitangan kami bekerja sangat keras,’’ kata Kaiser. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI