fbpx

Beberapa individu terlibat kes gaduh diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan insiden pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan beberapa individu terlibat dalam kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku di sebuah restoran berdekatan Jalan Genting Klang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D. Saralathan berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial.

“Menerusi video berdurasi 7 saat itu memaparkan sekumpulan individu tersebut membaling kerusi antara satu sama lain sehingga keadaan restoran menjadi huru-hara.

“Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran dekat Jalan Genting Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek yang terlibat sedang giat dikesan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau pergi ke balai polis berhampiran.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” ujarnya.

Tegasnya, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video tersebut kerana ia boleh mendatangkan kegusaran awam.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI