fbpx

Annuar gembira KKMM capai KPI 100 peratus dalam 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar ketika membentangkan MyDIGITAL.KKMM Program Promosi Jalur Lebar 2021 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

Oleh FAIZUL GHAZI

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, gembira dan puas hati kerana kementeriannya berjaya mencapai 100 peratus Indeks Petunjuk Utama (KPI) ditetapkan kerajaan, sebelum ini termasuk pembukaan semula industri kreatif dan pembikin filem.

Pada permulaan Annuar berkata KKMM hanya menyasarkan lebih 2,000 usahawan terkaitan dengan industri seni kreatif dan perfileman dapat beroperasi semula.

Bagaimanapun, Annuar berkata jumlah penggiat industri yang kembali aktif meningkat dua kali ganda iaitu melebihi 3,900 syarikat memperbaharui dan membuat permohonan baharu.

“KKMM amat teruja untuk menyertai pameran mengenai pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) nanti.

“Malah seluruh Keluarga Malaysia berpeluang untuk mengetahui pencapaian 100 hari Menteri Kabinet dan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi pameran secara interaktif di portal Portal MyDIGITAL.KKMM, mulai 9 hingga 12 Disember ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan portal MyDIGITAL.KKMM di Putrajaya sebentar tadi.

Berikutan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata semua kementerian akan mengambil bahagian bagi mempamerkan pencapaian 100 hari dicapai mereka di bawah kerajaan baharu.

Annuar berkata pameran itu secara tidak langsung dapat mempromosikan lagi portal MyDIGITAL.KKMM kepada seluruh Keluarga Malaysia terutama menerusi kaunter kementerian.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI