fbpx

13 BGKP bantu masyarakat hindari dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahrizal (depan dua kanan) bersama Nazir (kanan) memberikan bantuan kepada salah seorang keluarga OKT di Flat Sri Perantau, Klang, hari ini.

KLANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor mengambil pendekatan progresif dengan melancarkan 13 Bilik Gerakan Komuniti Prihatin (BGKP) di seluruh negeri bagi membantu masyarakat menghindari dadah.

Pengarah AADK Selangor, Nazir Mohamad berkata, kesemua bilik gerakan itu akan ditempatkan di 13 lokasi berisiko tinggi bagi kes pengambilan dadah di Selangor.

Katanya, pegawai AADK daerah akan ditempatkan dua kali seminggu bagi memberikan perkhidmatan kaunseling serta melakukan pemantauan di kawasan terbabit.

“Ini merupakan salah satu pendekatan baharu kita untuk mengajak masyarakat bagi bersama membasmi dadah yang menjadi antara penyebab masalah sosial,” katanya ketika ditemui selepas program ziarah prihatin dan pelancaran papan tanda mesej anti dadah di Flat Sri Perantau, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Klang, Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh berkata, program hari ini adalah susulan operasi Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) yang dilaksanakan di flat tersebut, minggu lalu.

Ujarnya, sumbangan serta khidmat bantuan turut disalurkan kepada keluarga Orang Kena Tahan (OKT) dalam operasi itu dengan disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI